Friday 21 June 2024

privacy policy

 

PRIVACY POLICY

 

 When you use my applications, you trust me with your information. This Privacy Policy is meant to help you understand what data I collect and why I need it. This is important; I hope you will take time to read it carefully. I have tried to keep it as simple as possible. 

 

Collect Device Information

 

 I use Google Analytics to collect device-specific information (such as your hardware model, operating system version, unique device identifiers, mobile network information, and general location information). This information is used only for improving how I know about user experience in order to make better applications. 

 

Needed Location Information

 In some of my applications, I need a GPS to turned on so that one of the feature work properly. But I not collect your location information with detail to my server. I just collect your general location to Google Analytics, like your city or country. For I know about the location of the users who installed my applications. 

 

Needed Call Information

 

 In some of my applications, I need call status in your device so that one of the feature work properly. This is used for applications that there a music player, I need it in order to when there is a incoming call arrive in your device, then the music player can stopped, you can enjoy receive a incoming call.

 

 Needed Access Microphone 

 

In some of my applications, I need to access microphone in your device so that one of the feature work properly. This is used for applications that there a recorder feature. You must know, I not collect the result files of your recording to my server.

 

 Needed Access Storage

 

 In some of my applications, I need to access storage in your device so that one of the feature work properly. This is used for applications that there a downloader, I need it in order to you can downloading files of application needs from my server to your storage. So that the feature can accessed with offline. You must know, nothing of my applications that steal data from storage in user device to my server

Monday 7 October 2019

Identiti Negara: Bendera Kebangsaan


PENGENALAN


Bendera ialah lambang kewujudan dan identiti sesebuah negara. Bendera kebangsaan kita dinamakan Jalur Gemilang. Nama tersebut telah diisytiharkan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia keempat pada tahun 1997, sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-40.



SEJARAH PENCIPTAAN BENDERA KEBANGSAAN.

 
3 reka bentuk bendera yang terpilih didalam peringkat akhir
Pertandingan Reka Bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu


Penciptaan bendera kebangsaan bermula pada tahun 1948. Sebuah Jawatankuasa Khas telah diwujudkan bagi mengendalikan pertandingan mencipta bendera. Jawatankuasa telah menerima sebanyak 373 ciptaan. Hanya 3 reka bentuk bendera yang dipilih pada peringkat akhir. 


Encik Mohamed bin Hamzah


Antara 3 reka bentuk tersebut, bendera rekaan Encik Mohamed Hamzah dipilih sebagai rekaan terbaik. Rekaan ini mengandungi sebelas jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di sebelah kiri. Rekaan ini mengandungi unsur-unsur perlambangan mengenai Islam, Raja dan perpaduan. Beberapa pindaan telah dibuat terhadap rekaan bendera tersebut. 



Rekaan bendera yang baharu telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan setelah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu pada tahun 1950. Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar kali pertama di perkarangan Istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950. Upacara ini telah disaksikan oleh Raja-Raja  Melayu dan pegawai-pegawai British.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar kali pertama di perkarangan Istana Sultan Selangor pada 26 Mei 1950

Kini bendera kebangsaan mempunyai 14 jalur yang melambangkan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan dalam Malaysia. Bendera kebangsaan telah diberi nama ‘Jalur Gemilang’ pada tahun 1997 oleh Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-40.

Carta alir sejarah penciptaan bendera kebangsaan


MAKNA WARNA DAN LAMBANG PADA BENDERA KEBANGSAAN. 




ETIKA MENAIKKAN DAN MENURUNKAN BENDERA KEBANGSAAN.

  • Hendaklah berpakaian kemas
  • Memastikan bendera tidak meleret ke tanah.
  • Sebelum menaikkan bendera, pastikan bendera dalam keadaan baik.
  • Uji tali bendera bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus.
  • Menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib secara perlahan-lahan.
  • Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian diturunkan ke separuh tiang semula.
  • Bendera hendaklah ditatang atau diletakkan di bahu apabila sampai ke bawah. 


MENGENAL BENDERA KEBANGSAAN NEGARA-NEGARA DI ASIA TENGGARA.

  


TUJUAN BENDERA KEBANGSAAN DIKIBARKAN

  • Tanda sayang dan bangga akan negara.
  • Lambang semangat patriotik, maruah bangsa dan negara.
  • Simbol perpaduan dan kedaulatan negara. 
 
KEPENTINGAN MENGHORMATI BENDERA KEBANGSAAN.

  • Menjamin kedaulatan negara. 
  • Mempertahankan negara.
  • Mewujudkan rakyat yang bersatu-padu.
  • Lambang ketaatan.
  • Kesetiaan kepada pemerintah.
  • Cinta kepada negara.



BENDERA KEBANGSAAN SEBAGAI SIMBOL PERPADUAN.

  • Melambangkan semangat cintakan negara.
  • Melambangkan identiti negara.
  • Mengukuhkan proses pembinaan bangsa dan negara yang utuh dan bersatu-padu.
  • Melambangkan semangat nasionalisme dan patriotisme rakyat Malaysia.
  • Kemerdekaan dicapai di bawah satu bendera yang sama.