PENGENALAN
Bendera ialah lambang kewujudan dan identiti
sesebuah negara. Bendera kebangsaan kita dinamakan Jalur Gemilang. Nama
tersebut telah diisytiharkan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia keempat pada tahun 1997, sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-40.
SEJARAH
PENCIPTAAN BENDERA KEBANGSAAN.
3 reka bentuk bendera yang terpilih didalam peringkat akhir
Pertandingan Reka Bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Penciptaan
bendera kebangsaan bermula pada tahun 1948. Sebuah Jawatankuasa Khas telah
diwujudkan bagi mengendalikan pertandingan mencipta bendera. Jawatankuasa telah
menerima sebanyak 373 ciptaan. Hanya 3 reka bentuk bendera yang dipilih pada
peringkat akhir.
Encik Mohamed bin Hamzah
Antara 3 reka bentuk tersebut, bendera rekaan Encik Mohamed
Hamzah dipilih sebagai rekaan terbaik. Rekaan ini mengandungi sebelas jalur
biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di sebelah kiri. Rekaan
ini mengandungi unsur-unsur perlambangan mengenai Islam, Raja dan perpaduan.
Beberapa pindaan telah dibuat terhadap rekaan bendera tersebut.
Rekaan bendera
yang baharu telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan setelah
diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu pada tahun 1950. Bendera Persekutuan
Tanah Melayu berkibar kali pertama di perkarangan Istana Sultan Selangor pada
26 Mei 1950. Upacara ini telah disaksikan oleh Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai British.
Bendera Persekutuan
Tanah Melayu berkibar kali pertama di perkarangan Istana Sultan Selangor pada
26 Mei 1950
Kini
bendera kebangsaan mempunyai 14 jalur yang melambangkan 13 buah negeri dan
sebuah Wilayah Persekutuan dalam Malaysia. Bendera kebangsaan telah diberi nama
‘Jalur Gemilang’ pada tahun 1997 oleh Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu
Tun Dr Mahathir bin Mohamad sempena Hari Kemerdekaan Malaysia ke-40.
MAKNA
WARNA DAN LAMBANG PADA BENDERA KEBANGSAAN.
ETIKA
MENAIKKAN DAN MENURUNKAN BENDERA KEBANGSAAN.
- Hendaklah berpakaian kemas
- Memastikan bendera tidak meleret ke tanah.
- Sebelum menaikkan bendera, pastikan bendera dalam keadaan baik.
- Uji tali bendera bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus.
- Menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah dengan tertib secara perlahan-lahan.
- Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan sepenuhnya dahulu dan kemudian diturunkan ke separuh tiang semula.
- Bendera hendaklah ditatang atau diletakkan di bahu apabila sampai ke bawah.
MENGENAL BENDERA KEBANGSAAN NEGARA-NEGARA DI ASIA TENGGARA.
TUJUAN
BENDERA KEBANGSAAN DIKIBARKAN
- Tanda sayang dan bangga akan negara.
- Lambang semangat patriotik, maruah bangsa dan negara.
- Simbol perpaduan dan kedaulatan negara.
KEPENTINGAN
MENGHORMATI BENDERA KEBANGSAAN.
- Menjamin kedaulatan negara.
- Mempertahankan negara.
- Mewujudkan rakyat yang bersatu-padu.
- Lambang ketaatan.
- Kesetiaan kepada pemerintah.
- Cinta kepada negara.
BENDERA
KEBANGSAAN SEBAGAI SIMBOL PERPADUAN.
- Melambangkan semangat cintakan negara.
- Melambangkan identiti negara.
- Mengukuhkan proses pembinaan bangsa dan negara yang utuh dan bersatu-padu.
- Melambangkan semangat nasionalisme dan patriotisme rakyat Malaysia.
- Kemerdekaan dicapai di bawah satu bendera yang sama.