Sunday 6 October 2019

Identiti Negara: Jata Negara

  

PENGENALAN

Jata Negara merupakan identiti negara Malaysia yang telah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu. Lambang-lambang pada Jata Negara merupakan perlembagaan negeri-negeri di Malaysia. Jata Negara menjadi kemegahan seluruh rakyat Malaysia. Kita perlu memahami dan menghayati makna lambang-lambang pada Jata Negara. Kita juga mestilah menghormati Jata Negara sebagai lambang permuafakatan.

MAKNA LAMBANG PADA JATA NEGARA




COGAN KATA PADA JATA NEGARA


Cogan kata yang terdapat pada Jata Negara menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bermuafakat. Sikap muafakat penting untuk membentuk negara Malaysia yang gemilang. Kegemilangan wujud hasil kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan pemimpin dan antara pemimpin dengan rakyat. Kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengamalkan sifat permuafakatan ini agar negara Malaysia terus gemilang.

KEPENTINGAN MENGHORMATI JATA NEGARA

Jata Negara merupakan identiti Malaysia yang telah diperkenankan oleh Raja-Raja Melayu. Kita perlu menghormati Jata Negara kerana:

1. Mewujudkan semangat patriotisme di kalangan rakyat
2. Melambangkan sebuah negara yang berdaulat
3. Membentuk masyarakat yang bersatu-padu.
4. Menjadi lambang kemegahan seluruh warganegara.
5. Mewujudkan semangat kekitaan.

JATA NEGARA SEBAGAI LAMBANG PERPADUAN

Jata Negara boleh membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana ia:

1. Menggalakkan kerjasama dalam kalangan masyarakat.
2. Mewujudkan semangat patriotisme.
3. Mengutamakan kepentingan negara.
4. Mengamalkan permuafakatan.

Antara contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah seperti:

1. Rumah terbuka
2. Perkhemahan
3. Aktiviti bersukan
4. Sambutan Kemerdekaan
5. Gotong-royong

KEPENTINGAN MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN COGAN KATA JATA NEGARA

Rakyat Malaysia perlu menghayati dan mengamalkan cogan kata Jata Negara kerana:

1. Mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni.
2. Dapat meningkatkan ekonomi negara.
3. Memperkukuh kestabilan politik.



No comments:

Post a Comment